Tuesday, March 25, 2008

TV Pendidikan


Assalamualaikum wrt.wbt



Setiap tahun Sektor TVP menerbitkan berbagai-bagai jenis rancangan untuk disiarkan yang meliputi rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara jenis-jenis rancangan yang diterbitkan ialah:

i. Rancangan kurikulum Diterbitkan oleh para Penerbit BTP. Rancangan-rancangannya meliputi mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

ii.Rancangan secara pembelianDibeli daripada syarikat tempatan atau luar negeri. Contohnya rancangan "Aplikasi Prinsip Sains dan Teknologi" oleh Bill Nye.

iii.Rancangan Secara usaha samaDiterbitkan secara usaha sama antara BTP dengan syarikat luar. Berkisar tentang topik kerjaya, teknologi maklumat, pedagogi (bagi mempertingkat kemahiran guru dalam P & P) dan sebagainya.

iv.Rancangan 'Lensa TVP'Rancangan yang memaparkan peristiwa-peristiwa semasa seputar dunia pendidikan tanah air.

v.Rancangan 'Bicara TVP'Rancangan berbentuk forum yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, BTP pada setiap hari Khamis jam 12.00 tengah hari.

vi.Rancangan KhasPada 17 Januari 2000, Rancangan TVP mula disiarkan melalui ASTRO saluran 28. Program ini disiarkan melalui satelit agar dapat dilihat dengan lebih jelas oleh semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah-sekolah di kawasan terpencil. Waktu siaran TVP bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, manakala siaran ulangannya pula dari jam 1.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang. Mulai 7 Januari 2002, saluran rancangan TVP telah diubah kepada Saluran 13. Selain itu, pihak Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Telah menambah dua saluran baru iaitu Tech TV dan Discovery Travel and Adventure. Berikut adalah nombor baru saluran-saluran dalam pakej tersebut:Buat masa ini, rancangan TV Pendidikan disiarkan oleh rangkaian Media Prima melalui Saluran TV9.

-sumber maklumat:layari; http://www.moe.edu.my/

Pengurusan Makmal Komputer

Assalamualaikum wrt.wbt

Dalam menguruskan makmal komputer terdapat dua aspek keselamatan yang perlu kita tahu sebelum menggunakannya iaitu:

-Keselamatan peralatan elektrik
-Keselamatan pengguna


Apakah yang dimaksudkan Keselamatan Peralatan Elektrik?

Keselematan Peralatan Elektrik bermaksud segala peralatan yang berkaitan dengan komputer sebelum, semasa dan selepas digunakan. Peralatan ini mesti dipastikan supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku walaupun kemalangan kecil yang melibatkan penggunaan alat tersebut.

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ketika menggunakanya iaitu:


1.Pastikan komputer tidak berada di bilik suhu yang terlalu panas
2. Guna ‘stabilizer’ supaya voltan elektrik terkawal
3. Elakkan terhantuk, tergegar dengan kuat, terjatuh
4.Jangan letak di dalam boot kereta
5. Tutup komputer dan peranti unit dengan lapis plastik
6. Elakkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing
7. Tanggalkan plug daripada soket elektrik
8. Elakkan sambung kabel perant (mouse/keyboard) ke sistem unit tanpa sistem unit di shutdown
9. Jangan menanggal/memasang RAM/kad lain ke dalam storan tanpa memutuskan sumber
elektrik
10. Biarkan sistem unit ‘cool down’ sebelum membaik pulih komputer
11. Pastikan kabel monitor, kabel kuasa dan kabel peranti-peranti terurus dan tidak terlipat di
belakang sistem unit
12. Apabila menyambung kabel-kabel ke sistem unit, lakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkon/patah

Keselamatan Pengguna pula bermakna keselamatan yang perlu dijaga oleh orang yang menggunakannya samada guru, pelajar atau sesiapa sahaja.


1.Pastikan meja komputer terurus, sistem unit terletak di tempat sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
2. Guna penapis cahaya monitor
3. Laraskan kedudukan monitor dengan mata harus 18-24 inci jauh dari mata
4. Sekiranya membuka casing sistem unit, pastikan sistem unit di shutdown, putuskan bekalan kuasa elektrik dan tanggalkan plug
5. Semasa penyelenggaraan elak memakai tali leher, barang kemas dan berambut panjang
6. Pastikan wayar kuasa dalam keadaan baik
7. Jangan tanggalkan penyambung wayar kuasa pada komputer dalam sistem unit tanpa sebab



Monday, January 28, 2008

Pembestarian Sekolah



Assalamualaikum wrt.wbt

Minggu ini kita telah mempelajari Konsep Pembestarian Sekolah yang merupakan satu matlamat kerajaan untuk menaiktarafkan sistem pendidikan negara bagi membantu setiap pelajar menghadapi era teknologi maklumat. Untuk melaksanakan pembestarian ini, kita perlu faham terlebih dahulu memahami;

1-Konsep Sekolah Bestari
2-Ciri-ciri Sekolah Bestari
3-Objektif Sekolah Bestari

Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi sekolah bestari ini. Melalui pendekatan ICT ini, ia dapat membantu semua pihak terutama;

1-Pengurusan Sekolah
2-Guru
3-Pelajar

Pembestarian ini boleh berjaya seperti yang dirancangkan pada tahun 2010 mensasarkan sehingga 10,000 sekolah sekiranya perlaksanaan ini dilaksanakan dengan teratur dan profesional. Apa yang kita lihat beberapa tahun yang lalu berkenaan makmal komputer yang tidak di buat dengan sebaiknya sehingga melibatkan kerugian dan ini juga menyebabkan penggunaan duit yang banyak semata-mata untuk membaikpulih sahaja.

Saya mengharapkan supaya pembestraian ini bukan hanya sebagai satu angan-angan tetapi ia benar-benar mampu di laksanakan dengan sebaik mungkin agar semua pihak mendapat manfaat bersama.

Saturday, January 26, 2008

Informasi

Assalamualaikum wrt.wbt

Alhamdulillah dapat juga hadir kelas pada hari ini walaupun agak terlewat sedikit kerana kesesakan lalulintas di jalanraya. Minggu ini lebih banyak lagi yang dapat saya pelajari berkenaan ICT seperti yang di terangkan oleh cik Umi antaranya;

1-Tujuan mempelajri ICT yang merupakan satu keperluan pada masa kini yang dapat membantu memudahkan untuk setiap orang mencari maklumat, berkongsi idea, menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan sebagainya.

2-Peranan ICT dalam pendidikan bagi membantu setiap guru dan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, mengetahui tentang komputer, internert dan cara menggunakannya.

3-Bagaimana kita ingin menyediakan bahan dalam presentation menggunakan powerpoint dari segi penggunaan warna, ejaan huruf dan sebagainya.

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua sahabat iaitu ada satu laman web yang dapat membantu para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih praktikal untuk mendapat target yang cemerlang. Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari;

http://www.scorea.com/

sekian, wassalam...

Sunday, January 20, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum wrt.wbt kepada semua sahabat.

Alhamdulillah kerana kita semua telah di pilih untuk mengikuti program DPLI 08
sebelum melangkah ke lebih jauh lagi untuk menjadi seorang guru. Banyak manfaat
yang boleh kita pelajari dan ambil sebagai bekalan terutama dalam bidang Teknologi dan
Inovasi Dalam Pendidikan yang telah di ajar oleh Cik Chin,Cik Umi dan Puan Saedah Siraj.

Sebagai seorang guru, Ilmu berkaitan ICT ini amat penting selari dengan kemodenan zaman pada hari ini. Dimana-mana sekolah hari ini sungguh menitikberatkan soal ICT kepada setiap
pelajar mahupun kepada guru supaya kita tidak dikatakan ketinggalan zaman. Banyak maklumat-maklumat baru yang dapat kita pelajari daripada kelas ICT ini.

Walaubagaimanapun, penggunaan ICT ini mestilah digunakan dengan sebaik mungkin berkaitan perkara-perkara yang bermanfaat bukannya digunakan untuk tujuan yang merosakkan akal fikiran dan diri kita sendiri.